Wednesday, March 25, 2009

Sambutan Maulidur Rasul













Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 25 Mac 2009 , hari selasa yang turut di anjurkan bersama SMA assaiyidah khadijah, SK Serkam Darat & SRA Serkam Darat. Perarakan bermula di SMA Assaiyidah Khadijah dan berakhir di SK Serkam Darat.
Walaupun cuaca agak terik, tetapi kesungguhan semua pihak untuk menjayakan Program sambutan Maulidur rasul peringkat DUN Serkamamat membanggakan.

Antara pertandingan yang turut diadakan ialah tulisan khat, perbarisan, selawat dan sebagainya..

Acara tersebut telah bermula pada pukul 2.30 ptg dan telah berakhir kira-kira 5.30 ptg...

Berikut adalah cebisan kenangan bersama;

Tuesday, March 24, 2009

pertandingan nasyid,,,,

pasukan nasyid SKSD telah menyertai festival nasyid kawasan Merlimau yang telah di adakan di kompleks Japerun Merlimau...Nasyid SKSD - Al Ilham telah berjaya mendapat tempat ke-3 tetapi tidak berjaya melayakkan untuk mara ke pusinagn seterusnya....

Namun begitu Al-Ilham akan meningkatkan usaha bagi mengungguli festival nasyid yang akan diadakan pada musim yang akan datang!

tahniah dan syabas Al-Ilham...!!!
















Monday, March 23, 2009

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

KE ARAH SEKOLAH BEBAS DADAH 2012!






BAHAN DIPEROLEHI DARI SUMBER INTERNET

Sunday, March 22, 2009

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)















SEKOLAH BEBAS DADAH 2012




Tuesday, July 29, 2008

Sukan Pra Sekolah Bahagian Merlimau 2008

Pada 29 julai 2008, Sk Serkam Darat tealah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi acar ini. Segala acara yang dirancang rapi telah berjalan dengan lancar walaupun keadaan pada hari tersebut agak panas. Program ini telah di dokong bersama oleh semua pegawai dalaman yang terdiri daripada staf dan guru SKSD dan juga semua guru-guru dan pembantu pra sekolah yang terlibat.






Dalam kemeriahan acara ini berlangsung, pihak ict SKSD sempat mengambil cebisan babak sukan yang menceiakan lagi hari yang panas tersebut. Antara cebisan sepanjang aktiviti tersebut:

Friday, June 20, 2008

Menjelang UPSR

Tahun lepas SKSD telah mencatatkan rekod lulus dan cemerlang yang amat membanggakan. Adakah calon kali ini mampu memecahkan rekod lepas atau sebalik nya. Dalam kesibukan guru memberikan tips dan bantuan semasa menjawab soalan UPSR, pihak sekolah juga tidak putus-putus mengadakan aktiviti yang boleh menaikkan semangat calon dan memenuhkan masa terluang dengan sebaiknya. Bak kata pepatah `bagai menatang minyak yang penuh'.

Pihak sekolah amat optimis dan mementingkan pretasi dan kualiti murid yang telah tamat sekolah ini kelak agar mencapai seperti mana moto sekolah `melahirkan generasi cemerlang`. kami berdoa kehadrat Ilahi agar dilimpahkan rahmat dan dikurniakan mereka dengan ilmu yang berguna buat mereka hari ini dan selamanya agar mereka menjadi insan yang cemerlang. Di harapkan semua calon UPSR SKSD kali ini dapat mecatatkan keputusan dan kenangan indah buat SKSD tercinta. Insya Allah........

Doakan kami agar kami menjadi yang terbaik.
Yakin Boleh ! SKSD Boleh !

Tuesday, June 10, 2008

Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur.

pada 31 mei, 7 & 14 Jun 2008 SKSD telah menganjurkan lawatan sambil belajar kepada murid-murid tahun 3, 4 & 5. Rata-rata murid berpuas hati dan ingin kembali lagi ke tempat lawatan yang telah di lawati. Sepemerhatian penulis sepanjang menyertai lawatan ini, penulis amat berpuas hati dengan lawatan yang telah di anjurkan ini. Murid-murid dapat menimba banyak pengetahuan dan pendedahan awal tentang Sains dan Matematik. Di harapkan program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Berikut adalah gambar kandid semasa lawatan.





















sekolah ku!

sekolah ku!