Wednesday, April 01, 2009

Story Telling









Pada 1 April 2009, SKSD telah menjadi tuan rumah bagi satu lagi acara iaitu `Story Telling Competition, Merlimau Zone' 2009. Pada kali ini, terdapat 20 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Daripada 20 buah sekolah, pihak juri telah memilih 5 pemenang dan telah diberikan plak dan sijil penyertaan manakala peserta lain menerima sijil penyertaan.



Acara ini telah bermula pada pukul 8.00pg dan berakhir jam 1.30 ptg. Peserta yang menyertai pertandingan kali telah menunjukkan bakat mereka dalam menyampaikan cerita dalam bahasa inggeris. Bagi sekolah-sekolah zon Merlimau, itu adalah satu cabaran bagi memenangi pertandingan kali ini.

Kursus Kepimpinan Pelajar - 2009











Pada 27 & 28 Mac 2009 yg lalu, SKSD telah menganjurkan satu kursus bagi semua Pengawas, Pustakawan, Ketua dan penolong ketua kelas dan AJK kelab dan persatuan. kursus tersebut telah dinamakan sebagai Kursus Kepimpinan Pelajar - 2009.


Kursus tersebut juga telah dianjurkan bersama oleh unit kaunseling & bimbingan, Unit Kokurikulum & juga HEM. Kursus tersebut juga telah menampilkan fasilitator muda yang diundang khas dari SMKA Sharifah Rodhiah, Telok Mas Melaka.

Dengan gandingan mantap semua pihak, kursus tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan lancar nya. Antara tujuan utama kursus tersebut ialah menampilkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri setiap pemimpin pelajar supaya dapat menjadi contoh yang terbaik untuk semua pelajar lain. Selain itu, kursus ini juga menerapkan tahap keyakinan untuk memimpin yang tinggi dengan berlandaskan kepada peraturan sekolah.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara lansung atau tidak dalam menjayakan kursus kepimpinan pelajar tersebut.

Wednesday, March 25, 2009

Sambutan Maulidur Rasul













Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 25 Mac 2009 , hari selasa yang turut di anjurkan bersama SMA assaiyidah khadijah, SK Serkam Darat & SRA Serkam Darat. Perarakan bermula di SMA Assaiyidah Khadijah dan berakhir di SK Serkam Darat.
Walaupun cuaca agak terik, tetapi kesungguhan semua pihak untuk menjayakan Program sambutan Maulidur rasul peringkat DUN Serkamamat membanggakan.

Antara pertandingan yang turut diadakan ialah tulisan khat, perbarisan, selawat dan sebagainya..

Acara tersebut telah bermula pada pukul 2.30 ptg dan telah berakhir kira-kira 5.30 ptg...

Berikut adalah cebisan kenangan bersama;

Tuesday, March 24, 2009

pertandingan nasyid,,,,

pasukan nasyid SKSD telah menyertai festival nasyid kawasan Merlimau yang telah di adakan di kompleks Japerun Merlimau...Nasyid SKSD - Al Ilham telah berjaya mendapat tempat ke-3 tetapi tidak berjaya melayakkan untuk mara ke pusinagn seterusnya....

Namun begitu Al-Ilham akan meningkatkan usaha bagi mengungguli festival nasyid yang akan diadakan pada musim yang akan datang!

tahniah dan syabas Al-Ilham...!!!
















Monday, March 23, 2009

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

KE ARAH SEKOLAH BEBAS DADAH 2012!






BAHAN DIPEROLEHI DARI SUMBER INTERNET

Sunday, March 22, 2009

Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)















SEKOLAH BEBAS DADAH 2012




sekolah ku!

sekolah ku!