Friday, June 20, 2008

Menjelang UPSR

Tahun lepas SKSD telah mencatatkan rekod lulus dan cemerlang yang amat membanggakan. Adakah calon kali ini mampu memecahkan rekod lepas atau sebalik nya. Dalam kesibukan guru memberikan tips dan bantuan semasa menjawab soalan UPSR, pihak sekolah juga tidak putus-putus mengadakan aktiviti yang boleh menaikkan semangat calon dan memenuhkan masa terluang dengan sebaiknya. Bak kata pepatah `bagai menatang minyak yang penuh'.

Pihak sekolah amat optimis dan mementingkan pretasi dan kualiti murid yang telah tamat sekolah ini kelak agar mencapai seperti mana moto sekolah `melahirkan generasi cemerlang`. kami berdoa kehadrat Ilahi agar dilimpahkan rahmat dan dikurniakan mereka dengan ilmu yang berguna buat mereka hari ini dan selamanya agar mereka menjadi insan yang cemerlang. Di harapkan semua calon UPSR SKSD kali ini dapat mecatatkan keputusan dan kenangan indah buat SKSD tercinta. Insya Allah........

Doakan kami agar kami menjadi yang terbaik.
Yakin Boleh ! SKSD Boleh !

sekolah ku!

sekolah ku!