Wednesday, April 01, 2009

Story Telling









Pada 1 April 2009, SKSD telah menjadi tuan rumah bagi satu lagi acara iaitu `Story Telling Competition, Merlimau Zone' 2009. Pada kali ini, terdapat 20 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini. Daripada 20 buah sekolah, pihak juri telah memilih 5 pemenang dan telah diberikan plak dan sijil penyertaan manakala peserta lain menerima sijil penyertaan.



Acara ini telah bermula pada pukul 8.00pg dan berakhir jam 1.30 ptg. Peserta yang menyertai pertandingan kali telah menunjukkan bakat mereka dalam menyampaikan cerita dalam bahasa inggeris. Bagi sekolah-sekolah zon Merlimau, itu adalah satu cabaran bagi memenangi pertandingan kali ini.

Kursus Kepimpinan Pelajar - 2009











Pada 27 & 28 Mac 2009 yg lalu, SKSD telah menganjurkan satu kursus bagi semua Pengawas, Pustakawan, Ketua dan penolong ketua kelas dan AJK kelab dan persatuan. kursus tersebut telah dinamakan sebagai Kursus Kepimpinan Pelajar - 2009.


Kursus tersebut juga telah dianjurkan bersama oleh unit kaunseling & bimbingan, Unit Kokurikulum & juga HEM. Kursus tersebut juga telah menampilkan fasilitator muda yang diundang khas dari SMKA Sharifah Rodhiah, Telok Mas Melaka.

Dengan gandingan mantap semua pihak, kursus tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan lancar nya. Antara tujuan utama kursus tersebut ialah menampilkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri setiap pemimpin pelajar supaya dapat menjadi contoh yang terbaik untuk semua pelajar lain. Selain itu, kursus ini juga menerapkan tahap keyakinan untuk memimpin yang tinggi dengan berlandaskan kepada peraturan sekolah.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara lansung atau tidak dalam menjayakan kursus kepimpinan pelajar tersebut.

sekolah ku!

sekolah ku!