Friday, June 20, 2008

Menjelang UPSR

Tahun lepas SKSD telah mencatatkan rekod lulus dan cemerlang yang amat membanggakan. Adakah calon kali ini mampu memecahkan rekod lepas atau sebalik nya. Dalam kesibukan guru memberikan tips dan bantuan semasa menjawab soalan UPSR, pihak sekolah juga tidak putus-putus mengadakan aktiviti yang boleh menaikkan semangat calon dan memenuhkan masa terluang dengan sebaiknya. Bak kata pepatah `bagai menatang minyak yang penuh'.

Pihak sekolah amat optimis dan mementingkan pretasi dan kualiti murid yang telah tamat sekolah ini kelak agar mencapai seperti mana moto sekolah `melahirkan generasi cemerlang`. kami berdoa kehadrat Ilahi agar dilimpahkan rahmat dan dikurniakan mereka dengan ilmu yang berguna buat mereka hari ini dan selamanya agar mereka menjadi insan yang cemerlang. Di harapkan semua calon UPSR SKSD kali ini dapat mecatatkan keputusan dan kenangan indah buat SKSD tercinta. Insya Allah........

Doakan kami agar kami menjadi yang terbaik.
Yakin Boleh ! SKSD Boleh !

Tuesday, June 10, 2008

Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur.

pada 31 mei, 7 & 14 Jun 2008 SKSD telah menganjurkan lawatan sambil belajar kepada murid-murid tahun 3, 4 & 5. Rata-rata murid berpuas hati dan ingin kembali lagi ke tempat lawatan yang telah di lawati. Sepemerhatian penulis sepanjang menyertai lawatan ini, penulis amat berpuas hati dengan lawatan yang telah di anjurkan ini. Murid-murid dapat menimba banyak pengetahuan dan pendedahan awal tentang Sains dan Matematik. Di harapkan program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Berikut adalah gambar kandid semasa lawatan.





















sekolah ku!

sekolah ku!